Connect with us
Kool FM

Berita

100,000 kenderaan dijangka masuk ke Kelantan

Published

on


Oleh ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Kira-kira 100,000 buah kenderaan atau 50 peratus daripada jumlah kenderaan seluruh negara dijangka masuk ke negeri Kelantan bermula semalam hingga Isnin depan bersempena dengan sambutan Hari Aidiladha.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ ) Kelantan, Hanif Yusof berkata, jumlah kenderaan itu termasuk dari negeri-negeri di utara dan selatan tanah air.

Katanya, berikutan dengan jumlah kemasukan kenderaan itu, beliau khuatir berlaku kemalangan sewaktu pengguna jalan raya sedang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman.

“Oleh itu, kita telah menjalankan Ops Patuh yang melibatkan seramai 120 pegawai dan anggota bertugas. Kita telah mengadakan pemantauan dan pemerhatian selama 24 jam di 17 kawasan penting di negeri ini.

“Bagaimanapun, kita tidak melakukan sekatan jalan raya bagi memastikan perjalanan lancar,” katanya kepada pemberita sewaktu mengadakan operasi sempena Ops Patuh di Terminal Bas Lembah Sireh di sini hari ini.

Menurut Hanif, sepanjang operasi itu, saman tetap dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya yang gagal mematuhi peraturan seperti memotong lorong kecemasan, melanggar lampu isyarat dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

Katanya, pengguna jalan raya juga dinasihatkan agar memastikan kenderaan dalam keadaan baik untuk memastikan mereka tiba di destinasi masing-masing dengan selamat.

Sementara itu, Hanif berkata, sebanyak 134 kes kesalahan jalan raya dicatatkan di negeri ini dengan 121 notis dan jumlah kompaun RM27,340 telah dikeluarkan dalam tempoh Januari hingga semalam.

“Kebanyakan saman dikeluarkan kerana melakukan kesalahan teknikal
seperti tidak memakai tali pinggang keledar dan memotong di laluan tidak dibenarkan,” katanya. -K! ONLINE

The post 100,000 kenderaan dijangka masuk ke Kelantan appeared first on Kosmo Digital.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement