Connect with us

Hiburan

Zul Huzaimy Tidak Terlibat Dalam Filem Remp-It-2

Remp-It 2 dijangka ditayangkan pada Mac tahun depan.

Published

on

Baru-baru ini kecoh mengenai pembikinan filem Remp-It 2 diantara dua aktor tanah air iaitu Zul Huzaimy dan Farid Kamil.

Persoalan akhirnya terjawab apabila Zul menjelaskan beliau tidak akan terlibat dengan pembikinan filem Remp-It 2 yang sepatutnya diarahkan bersama pelakon terkenal Farid Kamil.

Perkara itu dikongsi Zul Huzaimy menerusi laman Instagram miliknya.

“Mana-mana yang terima mesej berkenaan filem yang mencari motor untuk dibakar dengan bayaran tertentu, di sini saya tekankan yang saya Zul Huzaimy juga dikenali sebagai Spark tidak terlibat dengan filem itu. Sekian,” tulis Zul.

Zul mengambil keputusan untuk menarik diri daripada menjayakan filem Remp-It 2 selepas Farid dikatakan mahu menghasilkan filem sendiri dan melanggar perjanjian apabila mengetepikan pembabitan ribuan pelakon tambahan yang juga ahli Kelab Spark Malaysia.

Filem Remp-It 2 yang sepatutnya memulakan penggambaran di Terengganu, Kuala Lumpur dan Johor bulan lalu itu dijangka ditayangkan pada Mac tahun depan dan akan dibintangi oleh Dayana Roza, Cat Farish, Kazar Saisi, Azlan Komeng, Amai Kamaruddin, Aiman Tino, Black Hanifah dan ramai lagi.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement