Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

Ziela Jalil Teruja Dapat Cucu

Tahniah Datuk Ziela Jalil!

Published

on

Pelakon dan juga penerbit terkenal Datuk Ziela Jalil berkongsi berita gembira apabila telah mendapat cucu perempuan pada 14 Jun 2019.

Untuk pengetahuan, puterinya Dr. Puteri Julia Nabilah, 27, telah selamat bersalin pada malam Jumaat lalu dan Ziela menerusi laman Instagram miliknya telah memuat naik video memaparkan bayi comel yang baru sahaja selamat dilahirkan.

Begitu teruja menimang cucu ke-14 pada tanggal 14 Jun, Ziela juga mengucapkan selamat menempuhi alam parenthood kepada anak perempuannya itu.

Terdahulu, Zeiela telah mengadakan majlis doa selamat dan baby shower bersempena menunggu detik kelahiran cucunya itu beberapa hari lalu.


Dr. Puteri Julia Nabilah Tan Sri Megat Junid, mendirikan rumah tangga dengan suami, Dr. Dziya Faqhran Mahmod Fauzi, pada 1 Julai 2018.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement