Connect with us
Hot Kool Jam

Hiburan

Zarina Zainuddin Tahu Jaga Batas

Aktif di laman sosial dengan memuat naik pelbagai aktiviti dan gambar bersama anak-anak, pelakon, Zarina Zainuddin masih memilih untuk tidak mendedahkan identiti suaminya kepada tatapan umum.

Published

on


Aktif di laman sosial dengan memuat naik pelbagai aktiviti dan gambar bersama anak-anak, pelakon, Zarina Zainuddin masih memilih untuk tidak mendedahkan identiti suaminya kepada tatapan umum.
Ini demi menjaga hati madu selain akur status sebagai isteri kedua.

 “Secara realiti, tidak ramai yang tahu suami saya sebenarnya lebih banyak berdepan ragam dan kerenah anak-anak… Cuma ia tidak dikongsikan kepada umum,” katanya.

Menurut Zarina, dia tidak mahu mengambil kesempatan di atas kebaikan madunya, malah cukup senang dengan hubungan yang terjalin antara keluarga.

“Saya sedar kedudukan sebagai isteri kedua. Sehubungan itu, saya tidak mahu melanggar sensitiviti mana-mana pihak kerana tahu batas saya.
“Biarpun saya dan madu duduk bersebelahan, saya tidak mahu mengambil kesempatan dengan melakukan sesuatu yang boleh membuatkan sesiapa terasa,” katanya lagi.

Walaupun memegang status isteri kedua, Zarina cukup bahagia dengan empat anak hasil perkahwinan mereka.

Zarina bersama dua orang anaknya


Dia juga bersyukur apabila keluarga termasuk sebelah madu, saling membantu.
Dalam pada itu, Zarina mengaku bukan mudah mengekalkan keharmonian hidup berpoligami dan sikap cemburu perlu dijauhkan bagi mengelak perkara tidak diingini.

Zarina dan suami dikurniakan empat cahaya mata iaitu pasangan kembar, Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 23, Muhammad Naim Azraidan, 16, dan Muhammad Adam Azrai, 13.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement