Connect with us
Hot Kool Jam

Hiburan

Zarina Dedah Punca Anaknya Azil Mengamuk. Lucu!

Rata-rata mengetahui pelakon yang terkenal dengan perniagaan pulut kuning, Zarina Zainuddin mempunyai sepasang anak kembar autisme, iaitu Azal dan Azil.

Published

on

Rata-rata mengetahui pelakon yang terkenal menerusi filem Sumpahan Berdarah suatu ketika dahulu Zarina Zainuddin mempunyai sepasang anak kembar autisme, iaitu Azal dan Azil.
Berbeza dengan kembarnya, Azil adalah anak istimewa yang tidak boleh berkomunikasi dan sememangnya lebih sukar dikawal.
Baru-baru ini Zarina berkongsi beberapa video dilaman Instagram miliknya menunjukkan sikap tantrum Azil.


Menurut Zarina, Azil mengamuk susulan Zarina bertindak menukar siaran televisyen sehingga menyebabkan Azil yang ketika itu sedang menonton drama Tamil mengamuk dan menerkam dirinya sebelum berlari ke bilik lain.


Walaupun sudah ditukar semula ke saluran yang Azil inginkan, namun dia tetap tidak berubah malah menjadi semakin agresif.
Tidak cukup dengan itu, Azil merajuk sehingga berlari ke rumah sebelah.
Walaupun perlu melalui ujian seperti ini, Zarina akur dan tahu dia perlu bersabar.
Setelah berjaya mententeramkan Azil, Zarina akhirnya kembali menonton drama Tamil tersebut bersama anaknya itu.


Diruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi positif selain memberi semnagat buat Zarina untuk terus cekal berhadapan dengan anak istimewanya itu.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement