Connect with us

Hiburan

Zamani Terharu Isteri Sabar, Sanggup Tunggu 14 tahun

Semoga pasangan ini berbahagia hingga ke Jannah.

Published

on

Tahniah diucapkan buat penyanyi kumpulan Slam, Zamani Ibrahim yang sah bergelar suami kepada Nur Juliana Abdul Rani Jumaat lalu.

14 tahun berkawan, Zamani, 48, mengakui terharu dengan kesabaran isterinya yang sanggup menantinya selama itu.

“Dia seorang yang sangat sabar dan memang sanggup terima saya seadanya.

“Sebelum ini saya pernah lalui banyak fasa dalam hidup. Ada kala turun dan tergolek duit langsung tiada tapi kesabaran yang ada padanya buatkan saya menilai serta pilih dia.

“Kalau ikutkan saya pernah fikir nak menghabiskan sisa hidup seorang diri dan enggan kacau kehidupan orang lain,” katanya.

Zamani berterima kasih kepada peminat yang sentiasa mendoakan kebahagiaannya.

“Dah tertulis jodoh kami untuk bersama. Saya pun gembira tengok komen peminat yang mendoakan kebahagiaan kami.

“Terima kasih kepada peminat kerana faham situasi kami,” katanya.

Zamani dan  Nur Juliana Abdul Rani bernikah secara tertutup di sebuah lokasi di Ampang pada 20 September lalu dan  pasangan ini bakal menunaikan umrah bersama pada 30 Oktober.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement