Connect with us
alt_img>

Hiburan

Zamani Tangguh Hasrat Kahwin?

Penyanyi popular, Zamani sebelum ini pernah berhasrat untuk membawa hubungannya bersama seorang wanita yang telah dikenalinya selama lebih lima tahun ke arah fasa lebih serius.

Published

on

Penyanyi popular, Zamani sebelum ini pernah berhasrat untuk membawa hubungannya bersama seorang wanita yang telah dikenalinya selama lebih lima tahun ke arah fasa lebih serius.

Bagaimanapun, dikhabarkan hasrat tersebut tidak dapat dilaksanakan pada tahun ini.

“Saya tidak rasa, dapat merealisasikan hasrat itu (berkahwin) pada tahun ini.” katanya.

Bukan kerana cinta tidak kesampaian, tetapi kerana kesibukan karier nyanyian yang menyebabkan Zamani terpaksa menagguhkan dahulu impian untuk mendirikan rumah tangga bersama wanita yang enggan didedahkan identitinya itu.

“Tahun ini saya sangat sibuk dengan kerjaya. Alhamdulillah sehingga bulan Jun depan, jadual saya sudah padat dengan banyak persembahan.” ujarnya.

Menurut Zamani, kekasih hatinya itu tidak kisah menunggu dan seboleh-bolehnya Zamani mahu mengadakan majlis perkahwinan yang sempurna kerana banyak perasaan yang harus dijaga.

“Pihak perempuan juga okey sahaja. Setakat ini, dia sanggup menunggu. Jadi saya pun okey. Kalau buat majlis kahwin, saya tidak mahu acara tersebut dilakukan secara ala kadar. Banyak hati perlu dijaga terutama keluarga.” ujar Zamani lagi.

Semoga Zamani dimurahkan rezeki selalu dan cepat-cepat naik pelamin ya!

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement