Semasa & Hiburan
Zamani Rehat Sebulan
Penyanyi Zamani terpaksa berhenti menyanyi selama sebulan susulan masalah kesihatan.
Penyanyi Zamani terpaksa berhenti menyanyi selama sebulan susulan masalah kesihatan.
Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim bakal berehat selama sebulan bagi menjalani rawatan masalah tulang belakang melengkung atau bahasa saintifiknya penyakit skoliosis sepanjang bulan Ramadhan pada Mei depan.
“Insha-Allah sepanjang bulan Ramadhan ini saya akan bercuti tanpa mengambil sebarang tawaran. Saya mahu menjalani rawatan untuk masalah tulang belakang bengkok,” katanya.
Menurut Zamani, disebabkan kesibukkan kerja sebelum ini dia tiada masa untuk fokus kepada kesihatan diri dan melakukan rawatan.
“Sebelum ini tidak berkesempatan untuk melakukan sebarang rawatan disebabkan rezeki tidak pernah putus,” ujarnya lagi.
Penyanyi berusia 47 tahun itu dijangka menjalani rawatan atau mungkin juga pembedahan di sebuah hospital pakar di ibu kota.