Connect with us
On Air Di Kool

Semasa & Hiburan

Zamani ‘Pukau’ Peminat

Vokal Zamani memang terbaikkklah!

Published

on

Baru-baru ini, penyanyi berusia 48 tahun, Zamani telah mengadakan persembahan solo di Petaling Jaya, Selangor bagi menghargai sokongan peminat (Zamani Supporters).

Ahli vokalis kumpulan Slam itu membuka persembahan dengan lagu Entah Mengapa, sebelum menghangatkan pentas dengan lagu Cinta Luar Biasa nyanyian penyanyi asal, Andmesh Kamaleng.

Peminat semakin tidak keruan sebaik Zamani mempersembahkan lagu nostalgia Mentari Muncul Lagi dan Gerimis Mengundang, sambil ditemani pemain muzik jemputan iaitu Aswa (gitaris), Lan Todak (dram) dan Che Along (keyboard).

Antara lagu popular lain yang turut dinyanyikan oleh Zamani adalah Kembali Terjalin, Kembali Merindu dan Nur Kasih.

Beliau turut mempersembahkan lagu Tambatan Hati dan Belaian Jiwa nyanyian Innuendo.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement