Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Zaman Kita Dulu Tak Sama..” Nora Ariffin Suka Dan Sokong Online Class

Satu semangat yang baik!

Published

on

Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan telah dilanjutkan di beberapa negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga menangguhkan sesi persekolahan bersemuka buat semtara. Kini, ibu bapa akan menjadi guru ‘ganti’ di rumah. Isu online class agak hangat pada minggu ini memandang ini merupakan minggu pertama persekolahan. Ada beberapa ibu bapa berpendapat online class tidak sesuai untuk anak mereka tetapi ada juga yang mengatakan ini adalah cara yang terbaik dan lebih suka dengan cara ini.

Salah satu ibu bapa yang sokong atas cara ini ialah seorang selebriti, Nora Ariffin. Perkongsiannya di ruangan Instagram miliknya telah mendapat perhatian netizen kerana kenyataan yang dikongsikan itu nampak ikhlas dan ada betulnya juga. Nora berpendapat bahawa ada hikmah di sebalik online class ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin)

Menurutnya, walaupun pada mulanya ia agak sukar untuk ibu bapa sepertinya untuk memastikan anak-anak ikuti kelas yang disediakan mengikut jadual lebih lagi apabila ia melibatkan anak-anak yang masih bersekolah rendah. Namun, ini adalah salah satu cara untuk ibu bapa monitor sepenuhnya pembelajaran anak-anak yang mungkin sebelum ini kita hanya lepas tangan kepada guru mereka sahaja.

Tambah Nora, dia tidak sangka online class itu menyeronokkan dan dia juga sempat belajar satu dua perkara baru sepanjang mengikuti anaknya online class. Kata Nora, sambil mendengar dia turut perhatikan apa yang cikgu ajar serta lihat bagaimana respon anak semasa cikgu mengajar. Ini adalah masanya juga untuk kita sebagai ibu bapa tahu siapa cikgu anak-anak untuk setiap subjek.

Tidak dinafikan online class anak-anak memberi kesan berlainan untuk setiap ibu bapa. Ada ibu bapa yang perlu ke  hadir ke pejabat, ada ibu bapa yang perlu sentiasa bersama komputer riba sepanjang WFH dan ada juga ibu bapa yang punyai 3 atau lebih anak-anak yang ada online class serentak. Jadi janganlah kita membandingkan situasi masing-masing malah sama-sama kita bantu ibu bapa dan anak-anak yang memerlukan.

 

Baca juga:

Ustaz Ebit Lew Beli 100 Tab Hadiahkan Pada Pelajar Memerlukan Kelas Online

Ramai Guru Tak Setuju Pendapat Pensyarah Ini Tentang Cara Pembelajaran Online Yang Berkesan

 

 

 

 

 

Sumber: Instagram Nora Ariffin

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement