Connect with us

Hiburan

Zainol MacWilson Beri Pesanan Pada Bakal Menantu

Zahirah dan Aiman Hakim Ridza dijangka berkahwin pada Februari tahun depan.

Published

on

Pelakon, Zainol MacWilson mengakui berasa gembira apabila anak sulungnya yang juga merupakan seorang pelakon, Zahirah MacWilson, 24, bakal mendirikan rumah tangga dengan aktor kacak Aiman Hakim Ridza, 30, pada Februari tahun depan.

Menerusi sebuah portal hiburan online, tiada perkara lain yang diminta oleh Zainol selain berharap agar Aiman, 30, dapat menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami dengan baik.

“Tentunya saya berasa gembira dan seronok kerana Zahirah sudah bertemu dengan pilihan hatinya.

“Tetapi kalau ikutkan saya, sebenarnya tak mahu dia mendirikan rumah tangga buat masa ini disebabkan masih muda lagi. Kalau boleh 25 tahun ke atas dan sebolehnya bina nama dahulu, berkawan tak ada masalah.

“Namun itu sudah keputusan dia dan seandainya kalau saya menghalang mungkin ada perkara yang tak elok berlaku. Jadi saya sebagai bapa saya menerima sebab nak yang terbaik untuk anak kita.

“Justeru, saya minta agar Aiman jaga hati anak saya. Memang tak dinafikan dalam hidup ada asam garamnya, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri.

“Saya berharap sangat-sangat semua doakan yang terbaik untuk pasangan Zahirah dan Aiman hingga ke jannah,” katanya.

Zainol turut menyifatkan Aiman seorang yang begitu menghormati orang tua, pandai bergaul dan juga pandai ambil hati.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement