Semasa & Hiburan
Zainal Abidin Mahu Bantu Kanak-Kanak Kurang Berkemampuan
Dalam proses tubuhkan yayasan Seniman Limited
Penyanyi Datuk Zainal Abidin Mohamad kini dalam proses menubuhkan sebuah yayasan, dikenali sebagai Seniman Limited di tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Foto Harian Metro
Menurutnya, yayasan itu bertujuan membantu kanak-kanak yang kurang berkemampuan serta memiliki bakat dalam bidang seni dan sukan.
“Saya bersama seorang rakan kongsi dari Singapura kini sedang dalam proses penubuhan sebuah yayasan dikenali sebagai Seniman Limited.
“Kami akan kumpul dana untuk berikan bantuan kewangan kepada kanak-kanak seluruh Asia yang berbakat dalam bidang seni dan sukan.”
“Fokus kami adalah untuk membantu kanak-kanak yang kurang berkemampuan, namun punya minat mendalam dalam bidang seni dan sukan.”
Zainal Abidin memberitahu Harian Metro, dia juga menjemput beberapa selebriti dari negara berkenaan untuk turut terbabit sama.
“Antara yang kami sudah jemput adalah Erwin Gutawa, Iwan Fals dan beberapa artis lain. Namun, saya tahu, mungkin sedikit mencabar kerana ini adalah kerja sukarela tanpa gaji.”
Sumber: Harian Metro