Connect with us
alt_img>

Hiburan

'Young And Gentleman' Buah Tangan Baharu Haiza

Selepas 3 tahun menyepi tanpa karya baru, akhirnya Haiza kembali mewarnai arena muzik tempatan dengan single terbaru berjudul Young And Gentleman ciptaan Aizat Amdan dan Mel Ramlan.

Published

on

Selepas 3 tahun menyepi tanpa karya baru, akhirnya Haiza kembali mewarnai arena muzik tempatan dengan single terbaru berjudul Young And Gentleman ciptaan Aizat Amdan dan Mel Ramlan.
Lagu baru ini turut memberi peluang buat Haiza atau nama sebenarnya Rohaizah Binti Nordin untuk bekerjasama dengan penyanyi yang popular menerusi lagu Hanya Kau Yang Mampu yang tidak pernah mencipta lagu berentak pop dangdut.

Menurut Haiza, lagu ini agak mencabar vokalnya, kerana muzik dangdut yang lebih moden dan berbeza dari lagu-lagu sebelumnya.
Walaupun telah lama tidak mempunyai single solo baru, Haiza tidak pernah meninggalkan dunia nyanyian.

Selepas bergelar finalis sebuah program realiti televisyen, Haiza terus aktif dengan persembahan pentas dan jemputan pengacaraan.
Selain itu, lagunya bersama Aepul Roza (Drama Band) berjudul Jangan Pernah Berdusta turut berjaya mara ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 32.
Disamping menjadi ibu kepada seorang anak, Haiza turut menggalas tanggungjawab hariannya sebagai penyampai radio Kool FM bagi mengendalikan segmen Pagi Hari Di Kool (PHD) bersama dengan AG dan Muaz.
Menariknya karya Haiza kali ini, dia melantik beberapa individu untuk dijadikan sebagai team untuk meneruskan pembikinan muzik video lagu tersebut.
Bagaimanapun, Haiza menyatakan dia turut terlibat dengan penghasilan storyboard sehingga ke peringkat editing terakhir dengan harapan dapat mengubati rindu buat semua peminatnya.
Young And Gentleman kini sudah dilancarkan sejak jam 3 petang tadi, manakala muzik videonya pula boleh ditonton menerusi laman Youtube.

 

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement