Semasa & Hiburan
“Yazit Sedar Kehadiaran Saya” —Zuar XPDC
Semoga cepat sembuh..
“Yazit sempat buka mata ketika saya sampai … nampak dia sedar kehadiran saya. Walaupun dia tidak bercakap, saya bersyukur bila nampak dia sedar,”
Itulah luahan pemain bass XPDC, Zuar, Yazit yang sudah melawat rakannya Yazit Ahmad di hospital semalam (3 September 2019)
Yazit dilaporkan telah menunjukkan perkembangan positif selepas dikeluarkan dari zon merah selepas dirawat di Unit Rawatan Rapi di Hospital Kuala Lumpur.
Yazit sebelum ini dibawa ke hospital awal pagi Selasa selepas mengadu sesak nafas selepas menunaikan solat Subuh.
Menurut anaknya, Sheeqa, doktor mengesahkan Yazit menghidap jangkitan paru-paru dan doktor terpaksa merehatkannya.
Sheeqa turut mengesahkan keadaanya stabil dan tidak membimbangkan.
Yazit disahkan mengidap penyakit buah pinggang beberapa tahun lalu yang membataskan pergerakan beliau.