Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

Yazit Search Meninggal Dunia

Innalillah…

Published

on

Selepas bertarung nyawa dan diletakkan di Unit Rawatan Rapi, bekas pemain dram kumpulan Search, Yazit Ahmad, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur, kira-kira jam 11. 53 pagi Khamis.

Allahyarham yang berusia 57 tahun dimasukkan ke wad kecemasan, awal pagi Selasa selepas mengadu sesak nafas dan sebaik tiba di hospital, jantungnya terhenti dan diberi bantuan pernafasan.

Doktor mengesahkan, Allahyarham mengalami kecederaan otak berpunca daripada kekurangan oksigen dalam badan dan bergantung kepada sokongan mesin hayat.

Keadaan Yazit dikatakan bertambah kritikal sejak petang Rabu.

Yazit mengalami penyakit buah pinggang lebih 10 tahun lalu, sebelum diserang beberapa masalah lain hingga kerap keluar masuk hospital, selain menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu.

Awal bulan ini, Yazit dimasukkan ke hospital selama dua hari disebabkan sesak nafas, tetapi dibenarkan pulang ke rumah sebaik rawatan.

Jenazah dijangka dibawa ke Masjid Salehuddin Al Ayubi di Taman Melati untuk disolat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudatul Sakinah, Taman Selasih.

Allahyarham meninggalkan isteri, Ramlah Ahmad, 59, dan tiga anak iaitu Razilah, 38, Shahmirnuri, 34, dan Shafiqa Nurli, 29.

Sumber: Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement