Semasa & Hiburan
Yatt Hamzah Kongsi Pengalaman Keguguran
Yatt juga meluahkan rasa terkilan kerana tiada rezeki untuk menimang cahaya mata kelimanya.
Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah mengalami keguguran anak kelima akibat keracunan makanan selepas makan di sebuah restoran di Melaka.
Dari kejadian tersebut, Yatt berkongsi video dengan pengikutnya di Instagam saat janinnya ditanam dan dibungkus elok dengan kain putih.
Dalam pada masa sama, dia turut berkongsi simptom keguguran dan pengalaman pahit yang dialaminya.
Menurutnya, simptom keguguran mungkin akan mengalami 4 tanda ini dan segeralah berjumpa dengan doktor kerana perkara ini bukan satu isu remeh.
Memang terkejut kerana itu pengalaman yang tak disangka-sangka. Tiada ilmu yang cukup pada masa tu. Dah jadi barulah berusaha merujuk pada doktor yang pakar dan guru-guru agama yang lebih arif,”
Yatt juga meluahkan rasa terkilan kerana tiada rezeki untuk menimang cahaya mata kelimanya.
“Terkilan, kesal tapi itulah yang terbaik. Perancangan Allah terlalu sempurna. Walaupun hati dan minda sukar menerima. Berimanlah dan yakinlah, Allah telah menyediakan jalan yang terbaik buat kita. In shaa Allah,”
Mudah-mudahan Yatt cepat sembuh.
Sumber: instagram