Connect with us

Hiburan

“Yang Dua Alam Dilarang Sama Sekali,” -Afiq Muiz Bagi Amaran

Afiq berang adiknya dibedal sampai lebam oleh bekas tunang.

Published

on

Pelakon Afiq Muiz, yang juga abang kepada aktres Aishah Azman tampil meluahkan rasa tidak puas hati terhadap individu didakwa mencederakan adiknya.

Perkara itu disuarakan Afiq menerusi laman Instagramnya.

“Banyak besar dia punya kepala main bedal adik aku sampai lebam.

“Sesiapa yang mahu jadi adik ipar aku lepas ni, yang gentle dan Islam sahaja. Yang dua alam dilarang sama sekali. AMARAN,” tulisnya.

Sebelum ini, kecoh apabila seorang aktres dikatakan membuat laporan polis kerana dibelasah oleh bekas tunangnya selepas ditegur mengamalkan ajaran songsang.

Lalu, netizen membuat spekulasi bahawa individu yang dimaksudkan ialah Aishah Azman dan Syafie Naswip.

Mengimbas kembali, Syafie dan Aishah mengikat pertunangan pada 7 April lalu dan dijangka bernikah hujung tahun ini.

Namun, mereka mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan beberapa minggu lalu.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement