Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

Yana Samsuddin Akui Lakukan Rawatan Gigi, Tapi..

Bila dah buat rawatan ni, kena jaga betul-betul tau..

Published

on

Kalau kita dapat lihat trend terkini, ramai melakukan rawatan veneer iaitu rawatan kecantikan yang dilakukan oleh doktor gigi untuk memperbaiki warna, bentuk, dan posisi gigi, serta memperbaiki masalah gigi lain.

Bukan sahaja golongan selebriti, malah masyarakat biasa turut tertarik untuk melakukannya. Rawatan ini membantu seseorang untuk mengubah penampilan bahagian mulut dan wajah menjadi lebih sempurna tanpa tidak memberikan kesan sampingan.

Ia sama seperti yang dikongsikan oleh pelakon dan pengacara Yana Samsuddin menerusi sebuah program temu bual.

Image result for yana samsudin

Dalam temu bual berkenaan, Yana mengakui bahawa dia telah melakukan rawatan memutih dan meratakan gigi sejak 6 tahun yang lalu.

Jelas Yana, pada mulanya dia berhajat untuk memakai pendakap gigi tapi niatnya terbatal sebaik melihat pengalaman perit adiknya.

Yana turut pernah membuat rawatan veneer dengan yang murah namun ia kelihatan jongang. Disebabkan itu, Yana terpaksa melakukannya di beberapa buah klinik gigi dan barulah mendapat hasil yang memuaskan.

Image result for yana samsudin

Sementara itu, Yana memaklumkan bahawa dia baru 4 hari membuka veneer dan akan memasang semula kerana gusi asalnya terasa sedikit kecil. Hal ini kerana sewaktu memakainya, gusi akan rasa ke depan disebabkan Yana mempunyai masalah gigi ke dalam.

Apa-apa pun, Kool FM nak nasihat anda sebelum melakukan veneer gigi, jangan lupa untuk berjumpa dan consult terlebih dahulu dengan doktor gigi yang bertauliah supaya tidak memudaratkan anda di kemudian hari ya!

 

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement