Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Donna

Wow! Turun 5kg Hanya Dengan Sarapan Mufin Telur

Bagi individu yang mengamalkan diet tinggi protein, telur sememangnya menjadi kegemaran kerana dikatakan boleh menurunkan berat badan dengan mudah tanpa perlu berlapar.”

Published

on

Bagi individu yang mengamalkan diet tinggi protein, telur sememangnya menjadi kegemaran kerana dikatakan boleh menurunkan berat badan dengan mudah tanpa perlu berlapar.

Telur kaya dengan sumber nutrisi semulajadi. Pengambilan telur secara kerap dalam diet sihat serta rendah lemah tidak akan memberi kesan negatif kepada kesihatan seperti kolesterol tinggi atau menyebabkan risiko penyakit jantung. Selain harga yang murah, telur mudah diperoleh dan rasanya yang enak, telur diakui padat dengan nutrisi yang diperlukan oleh badan. Pelbagai jenis menu masakan berasaskan telur boleh dipelbagaikan khas untuk anda yang ingin mengurangkan berat badan. Antaranya sarapan pagi dengan Mufin Telur.


Selain rasanya yang lazat dan mengenyangkan, menu ini boleh disediakan dalam masa yang sangat pantas iaitu tidak melebihi 10 minit pun. Penulis pernah mengamalkan menu Mufin Telur ini selama hampir sebulan ketika bersarapan, dan hasilnya hampir 5 kg berat berjaya dikurangkan. Menarik bukan? Anda boleh variasikan resepi ini ikut penerimaan tekak anda asalkan ia masih sihat tidak terkandung lebih karbohidrat, gula atau lemak.

Bahan-bahan:

  • 6 butir telur
  • Sedikit garam
  • Sedikit lada hitam jika ingin sedikit kepedasan, guna cili padi yang telah ditumbuk
  • Keju Cheddar
  • Sayur kegemaran anda samada zucchini/ brokoli/ lobak merah atau cendawan butang  – dipotong dadu
  • Anda juga boleh menggunakan sedikit dada ayam atau daging cincang.
  • Bawang Holland – dipotong dadu
  • Sebiji lada Benggala merah
  • Sebiji lada Benggala hijau
  • Kertas cawan
  • Dulang mufin

 
Ketahui cara-cara memasak lebih lanjut dengan klik sini.
Penulis: Donna

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement