Connect with us
Hot Kool Jam

Hiburan

Wings Dan Bunkface Bakal ‘Gegar’ Pentas Mei Ini!

Mana peminat tegar Wings dan Bunkface? Ada berita gembira untuk anda.

Published

on

Mana peminat tegar Wings dan Bunkface? Ada berita gembira untuk anda.

Kumpulan musik rock lagenda, Wings bersama-sama Bunkface akan mengadakan konsert bersama-sama pada 4 Mei depan.

Digelar sebagai Konsert Laksamana Metal 2019 Wings x Bunkface, konsert mega berkenaan bakal berlangsung di Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur bermula 8.30 malam selama 2 jam 30 minit.

Untuk pengetahuan, konsert itu juga diadakan sebagai siri persembahan menjelang sambutan 35 tahun penubuhan kumpulan Wings dalam industri hiburan tempatan pada tahun depan.

Wings dianggotai oleh Dato’ Awie, Edrie, Eddie dan Sham manakala Bunkface pula dianggotai oleh Sam, Youk dan Paan yang popular menerusi lagu seperti Situasi, Ekstravaganza, Revolusi serta beberapa buah lagu Inggeris antaranya Soldier, Silly Lilly dan Through My Window.

Tak sabarnya, mesti meletop habis apabila dua generasi muzik rock dan musik punk ini bergabung di atas pentas!

Jangan lupa juga untuk dengarkan Kool FM minggu ini kerana anda berpeluang untuk menang tiket ke Konsert Laksamana Metal 2019 Dua Genarasi, Wings x Bunkface Mei ini!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement