Connect with us
Kool FM

Berita

WHO Lapor Lebih 307,000 Kes Baharu COVID-19 Dalam Tempoh 24 Jam

Kes COVID-19 terus meningkat tinggi…

Published

on

Menurut laporan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat peningkatan yang agak ketara bagi kes COVID-19 dalam sehari di seluruh dunia. Dilaporkan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 307,930 kes dalam tempoh 24 jam.

Negara yang mencatat peningkatan kes tertinggi ialah India dengan 94,372 kes baharu, diikuti Amerika Syarikat (AS) dengan 45,523 kes baharu dan Brazil sebanyak 43,718 kes. Kadar kematian pula meningkat kepada 5,537 kes, menjadikan jumlah keseluruhan 917,417 kematian di seluruh dunia. 

Dalam tempoh 24 jam sahaja, AS dan India masing-masing melaporkan lebih 1,000 kes kematian baharu, manakala Brazil mencatatkan 874 kes dalam tempoh 24 jam lalu. Dari jumlah yang dinyatakan, jelas India mendahului rekod kes baharu harian yang dilaporkan di seluruh dunia. Berikutan itu, negara tersebut mempertimbangkan kebenaran kecemasan bagi penggunaan vaksin disebabkan jumlah kes COVID-19 yang melonjak begitu tinggi.

Di samping itu, kes keseluruhan di India yang melebihi 4.8 juta menyebabkan beberapa bahagian di negara itu mempunyai kesukaran untuk mendapatkan oksigen perubatan. Walau bagaimanapun, kes tertinggi di dunia dicatatkan di AS iaitu sebanyak 6.7 juta kes jangkitan COVID-19. Dalam masa yang sama, kes jangkitan wabak ini mencatatkan peningkatan di 58 buah negara, termasuk kes yang melonjak di Argentina, Indonesia, Maghribi, Sepanyol dan Ukraine.

Seluruh dunia nampaknya masih belum selamat daripada jangkitan wabak COVID-19, dan diharap rakyat Malaysia kekal mematuhi SOP yang ditetapkan, jaga penjarakan sosial dan sentiasa mengutamakan kebersihan diri. 

Sumber daripada: Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement