Connect with us

Berita

WFH Sampai Raya! Tweet CEO PNB Dapat Reaksi Positif!

Mesti ramai suka stail CEO muda ni

Published

on

Selepas Perintah Kawalan Pergerakan diperkenalkan secara berfasa sehingga fasa 4, kerajaan turut mengarahkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dikenakan bagi membolehkan beberapa sektor penting ekonomi membuka kembali perniagaan.
Beberapa syarikat telah memulakan perniagaan mereka, namun ada juga yang masih menunggu waktu yang sewajarnya, untuk memberi peluang kepada warga yang terjejas membuat perancangan lebih teliti.
Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd, Jalil Rasheed tidak ketinggalan menyuarakan pendapatnya serta pengumuman mengenai “Work-From-Home” (WFH) untuk kakitangan PNB menerusi akaun Twitternya.

Menurut Jalil, tempoh “Work-From-Home” dipanjangkan lagi sehingga akhir bulan Mei, bagi memberi peluang kepada kakitangan PNB terutamanya yang mempunyai anak untuk terus bekerja dari rumah.
Selain itu, ia bagi membolehkan kakitangannya membuat persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Tweet Jalil mendapat pujian netizen, selain turut dikongsi lebih seribu kali.
Sebagai seorang ketua , beliau turut  menekankan pentingnya menjaga hubungan kekeluargaan.

Semestinya, apabila bergelar CEO di usia muda, iaitu 37 tahun, keputusan yang dibuat memang ditunggu-tunggu kakitangan syarikat itu, terutamanya working parents dan mendapat sokongan secara keseluruhan.
Good one, Mr CEO!
Pada masa sama, ramai juga yang menyuarakan rasa gusar atau takut untuk keluar rumah dan kembali bekerja selepas mengkuarantin diri sendiri di rumah buat satu tempoh yang panjang, sekaligus meningkatkan risiko anxiety disorder.
Perkara ini diakui oleh Mr Cheong Kar Hui, seorang kaunselor berdaftar di Hospital Pantai, Ampang kepada Donna.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement