Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Warganet Kagum Dengan ‘Peraturan iPad’ Anak-Anak Dr. Sheikh Muszaphar

Demi memudahkan cara pembelajaran di rumah kedua anaknya itu, dirinya dan Dr Sheikh Muszaphar adjust sedikit cara didikan mereka dan berikan ‘hadiah’ ini buat anak-anaknya. 

Published

on

Umum tahu angkawan pertama negara, Dr Sheikh Muszaphar sangat teliti dengan cara didikan anak-anaknya di rumah. Beliau dan isterinya, Dr. Halina yang baru sahaja menimang cahaya mata kembar itu amat mementingkan pembelajaran anak-anak sehinggakan bayi kembar berusia tiga bulan pun sudah mula ada ‘kelas’ bersama bapa mereka menggunakan kad imbas.

Tidak dinafikan ada yang mengambil cara didikan Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina sebagai satu langkah untuk didik anak-anak mereka. Setiap ibu bapa tahu yang mana terbaik untuk anak-anaknya. Perkongsian terbaru di laman Instagram milik Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina sekali lagi menarik perhatian warganet dengan cara pendedahan gajet kepada anak-anak mereka.

Kementerian Pelajaran Malaysia masih lagi melaksanakan sistem Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) untuk pelajar-pelajar sekolah. Oleh itu, anak-anak akan meluangkan masa lebih dengan penggunaan gajet untuk menghadiri kelas atas talian yang disediakan oleh guru-guru.

Menerusi perkongsian Dr Halina, agak sukar buat dirinya dan Dr Sheikh Muszaphar untuk memberi kemudahan gajet kepada anak mereka namun masanya sudah tiba kerana PdPR dan mahu anak-anak dapat berikan fokus dan menyuntik semangat mereka untuk belajar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Halina Mohd Yunos (@drhalina)

Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina bagaimanapun telah berkongsi peraturan yang telah dipersetujui oleh anak-anak mereka iaitu Tasha dan Bella untuk memastikan kedua anaknya itu faham dan tidak menyalahgunakan gajet tersebut. Difahamkan, Tasha dan Bella sudah lama meminta untuk ada gajet tersebut kerana sehingga kini mereka masih lagi menggunakan telefon biasa dan bukanlah telefon pintar yang seperti anak-anak zaman sekarang gunakan.

Dr Halina juga menjelaskan agak sukar untuk tidak memberikan anak-anak menggunakan gajet kerana kebanyakan kawan-kawan anaknya sudah mempunyai gajet mereka sendiri. Demi memudahkan cara pembelajaran di rumah kedua anaknya itu, dirinya dan Dr Sheikh Muszaphar adjust sedikit cara didikan mereka dan berikan ‘hadiah’ ini buat anak-anaknya.

Menurut Dr Halina, ada gajet sendiri seperti iPad ini bukanlah tiket untuk kedua anaknya itu boleh lakukan apa sahaja yang mereka mahukan kerana ia datang sekali dengan 7 peraturan khas untuk mereka turuti.  Tasha dan bella sudah pun setuju dan mereka sudah menandatangani perjanjian yang dibuat oleh ibu bapanya itu.

Tambahnya, sebagai ibu bapa perlulah menyesuaikan diri dengan perubahan dan cabaran untuk didik anak-anak di era moden ini. Cara mak ayah didik dulu lain, cara kita sebagai ibu bapa baru pun lain kerana perubahan masa dan anak-anak juga semakin maju dan cepat. Apapun, bersamalah kita didik anak-anak dengan cara yang terbaik kerana merekalah yang bakal membimbing negara.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Anak Saya Tidak Diberi Masuk, Anak Sheikh Muszaphar Boleh Pula,” – Netizen Terkilan..

Ramai Kagum Dr Sheikh Muszaphar Ajar Anak Kembarnya Sejak Usia 3 Bulan

 

 

Sumber: Instagram Dr Halina

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement