Connect with us
On Air Di Kool

Semasa & Hiburan

Wardina Bidas Kenyataan Fynn Jamal “Rogol Adalah Salah Wanita”

Semoga kita semua terlindung..

Published

on

Kebelakangan ini kecoh apabila Fynn Jamal mengutarakan pendapatnya di laman sosial apabila menyalahkan wanita sebagai mangsa gangguan seksual.

Kenyataan yang dimuat naik menerusi Instagram Storynya itu nyata menimbulkan kemarahan ramai terutamanya netizen.

Terbaharu, Wardina Saffiyah telah mengambil peluang untuk berinteraksi bersama Fynn Jamal dengan memasuki ruang ‘live’ yang dikendalikan oleh Fynn Jamal bagi membincangkan dengan lebih lanjut tentang isu itu.

Wardina menjelaskan kepada Fynn Jamal bahawa isu rogol ini bukan salah sesiapa yang memuat naik gambar malahan kita tidak berhak menghalang mana-mana individu untuk daripada melakukan hal tersebut.

“Jenayah rogol sudah berlaku sebelum media sosial wujud lagi dan malangnya perbuatan ini akan terus berlaku.”

Wardina juga menyatakan mungkin Fynn Jamal tidak bermaksud sedemikian tetapi sepertinya, wanita itu tetap menyalahkan perempuan sekalipun dia menutup aurat atau pun tidak menutup aurat.

“Hakikatnya dalam dunia ini, tidak semua orang tutup aurat. Kalau pun seluruh wanita Islam menutup aurat, akan ada wanita bukan Islam yang tidak menutup aurat.”

Berkaitan dengan soal memuat naik swafoto boleh menyumbang kepada jenayah rogol, Wardina secara terangan menolak dakwaan tersebut.

“Kalau pun anda tak post, orang lain akan post sebab kita tidak hidup dalam masyarakat yang ideal.”

Tambahnya lagi, ramai sahaja lelaki di luar sana yang tidak merogol. Disebabkan itu, perogol adalah individu yang secara terangan mempunyai masalah.

“Bukan tanggungjawab seorang perempuan untuk jaga iman lelaki. Letaklah perempuan bogel pun di hadapan mereka, dia kena jaga iman dia sendiri.”

Apabila Wardina mempersoalkan apakah salah sekiranya seseorang mahu memuat naik gambar mereka, Fynn Jamal sedikit gagap dan mengatakan bahawa ia akan menimbulkan fitnah kepada perempuan.

Namun Wardina menyelar kenyataan tersebut dan mengatakan bahawa satu dunia ini dipenuhi dengan fitnah dan kesalahan itu tidak patut diletakkan kepada perempuan sahaja.

Rata-rata netizen yang melihatkan perbincangan di antara dua selebriti wanita itu memuji Wardina kerana tegas dengan pendiriannya selain membentangkan hujah yang boleh diterima akal.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement