Gaya Hidup
Wanita Niqab Gemar Konvoi Sebagai Usaha Berdakwah
Apabila ditemubual, minatnya terhadapi motor ini bermula selepas tamat persekolahan empat tahun lalu dan kini dia memiliki motornya sendiri hasil dari wang simpananya.
Wanita berniqab sering dikaitkan dengan gaya hidup islamik tapi sebenarnya dalam bahasa mudah, tudung adalah tudung dan peribadi serta minat seseorang adalah perkara lain. Maksudnya tidak sama dan tidak boleh dikaitkan.
Begitulah personaliti salah seorang guru hafazan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Kuantan, Nur Sumaiyah apabila menjadikan aktiviti bermotosikal sebagai hobinya.
Apabila ditemubual oleh pihak Harian Metro, minatnya terhadapi motor ini selepas tamat persekolahan empat tahun lalu dan kini dia memiliki motornya sendiri hasil dari wang simpananya.
“Setiap kali berkonvoi, saya akan memastikan ada kenalan wanita ikut serta. Waktu solat juga saya tekankan bukan saja pada diri saya, tetapi juga peserta lain sama ada lelaki dan wanita untuk menunaikan solat secara berjemaah. Saya anggap minat saya ini juga sebagai jalan dakwah,”
Tambahnya lagi, rakan-rakan rapatnya adalah antara insan yang mendorongnya untuk meminati aktiviti bermotosikal dan kini dia mempunyai lebih 270,000 pengikut.
Sumber: hmetro