Connect with us
Kool FM

Berita

Wanita maut rumah teres dua tingkat terbakar

Published

on


GEORGETOWN: Seorang wanita warga emas berusia lingkungan 50-an maut dalam kejadian kebakaran dua buah rumah dua tingkat di Ayer Itam di sini awal pagi tadi.

Mayat mangsa, Choo Hooi Hong, ditemukan di dalam sebuah bilik tingkat bawah salah sebuah rumah yang hampir musnah sepenuhnya dalam kebakaran itu.

Menurut jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 2.10 pagi tadi.

Katanya, setibanya di lokasi kejadian, didapati dua buah rumah teres dua tingkat terbakar dengan kemusnahan 75 dan 80 peratus.

“Sebuah kenderaan jenis Toyota Alphard turut musnah akibat bahang kebakaran dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira pukul 3.05 pagi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut beliau, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Pulau Pinang (HPP) dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, punca kebakaran dan jumlah kerugian akibat kejadian itu masih dalam siasatan. – UTUSAN ONLINE

The post Wanita maut rumah teres dua tingkat terbakar appeared first on Utusan Digital.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement