Berita
Wanita Jerman Maut Dirogol, Dibunuh Pengutip Sampah
Seorang wanita warga maut dipercayai dirogol dan dibunuh di Bangkok semalam.
Seorang wanita warga Jerman maut dipercayai dirogol dan dibunuh di Bangkok semalam.
Mayat mangsa ditemui bawah timbunan batu dan daun kering di pulau Kon Sichang semalam.
Susulan itu, polis Thailand menahan suspek seorang pengutip sampah kerana merogol dan membunuh seorang pelancong wanita Jerman, hari ini.
Menurut polis, mangsa yang berusia 27 tahun itu memasuki Thailand pada 23 Mac lalu dipukul dengan teruk di muka dan tengkorak.
Difahamkan, suspek Ronnakorn Romruen, 23, bertemu dengan mangsa berhampiran lokasi kejadian sebelum merogolnya lalu menghentak dahi dan muka mangsa dengan batu akibat bimbang mangsa membuat laporan polis.
Suspek telah mengaku bersalah dan turut mengaku mengambil dadah sebelum melakukan jenayah itu.
Ronnakorn didakwa melakukan pembunuhan terancang, merogol dan menyembunyikan mayat.