Connect with us
Kool FM

Berita

Wanita Dakwa KKM Jadi Punca Dirinya Terdedah Wabak & Positif COVID-19

“Kisah kami yang teraniaya kerana KKM”

Published

on

Kisah viral baru-baru ini membuka mata ramai pihak kerana ia melibatkan isu Kementerian Kesihatan Malaysia atau KKM dalam menangani pandemik COVID-19 sehingga ada yang menyalahkan KKM sebagai punca mereka mendapat jangkitan COVID-19.

Cerita ini dikongsi oleh seorang wanita di Facebook dengan menggunakan akaun dikenali sebagai Azra Ghaz. Wanita ini mendakwa KKM cuai kerana memaklumkan keputusan negative RTK-Antigen kepada suaminya sehingga menyebabkan dirinya dan anaknya terdedah kepada wabak itu.

“Kisah kami yang teraniaya kerana KKM”

Antara isunya ialah:

Suami saya telah dijangkiti ketika berada di wad hospital. Suami saya tak mampu bergerak dari katil pun. Adakah kakitangan KKM tidak mengamalkan SOP yang betul ketika merawat suami saya.

Kecuaian pihak KKM ketika memaklumkan keputusan RTK-Antigen kepada suami saya. Kami dimaklumkan suami saya negatif, walhal yang sebenarnya suami saya positif Covid-19.

KKM juga telah mengarahkan suami saya yang positif untuk balik ke rumah. Sudahnya kami di rumah pula yang terdedah kepada wabak Covid-19.

Kami juga sudah melakukan ujian RTK-Antibody. Terbukti saya & Mia pula didapati positif ketika tempoh kuarantin. Kerana kesilapan KKM, mereka telah membahayakan nyawa kami sekeluarga.

KKM mengarahkan kami sekeluarga untuk buat RT-PCR kali kedua pada hari ke-15 selepas terdedah kepada kontak positif. Apakah signifikannya melakukan RT-PCR selepas incubation period (10 hari), sedangkan kebolehjangkitan di tahap sifar.

Ini adalah antara isu² yang akan saya utarakan dalam pertemuan yang diaturkan oleh KKM untuk membincangkan tentang aduan rasmi saya.

Kita berbincang di saluran yang betul. Semoga yang senasib dengan saya, tak perlu memaki hamun & menyumpah seranah KKM.

Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya faham, KKM sedang menggalas tugas yang sangat berat sekarang. Tetapi, memahami tak bermaksud berdiam diri & menerima sahaja penindasan terhadap kita. Kita berhak untuk mendapat layanan & perhatian yang sewajarnya dari pihak KKM.

Mohon kawan² semua doakan kami ya.

Nota: Mommy, Daddy & Mia pernah positif Covid-19.

Jangan risau, kami tidak lagi boleh menyebarkan penyakit ini kepada orang lain. Kalau tak percaya, tanya KKM.

Suami dijangkiti akibat rawatan di hospital

Sementara itu, sebuah portal berita dalam talian melaporkan suami kepada wanita terbabit mendakwa dijangkiti virus terbabit ketika mendapatkan rawatan akibat jangkitan nanah pada bahagian pinggul di sebuah hospital pada 7 Disember tahun lalu.

Lelaki dikenali sebagai Muhammad Ghazali itu berkata, selepas dua hari dimasukkan ke hospital terbabit, dia diarahkan menjalani ujian saringan Covid-19 selepas terdapat kes positif wabak itu di wad didudukinya. Dia kemudiannya diarahkan untuk menjalani ujian saringan RTK-Antigen pada 10 Disember, namun keputusan ujian disahkan negatif serta dibenarkan pulang untuk menjalani kuarantin di rumah.

Bagaimanapun, pada 23 Disember lalu, dia menerima panggilan mengatakan berlaku kesilapan pada nama dan sebenarnya disahkan positif Covid-19 sebelum dibawa ke Hospital Sungai Buloh pada keesokannya.

Mungkin ada salah faham di antara kedua pihak dan diharapkan mereka dapat selesaikan dengan baik.

 

 

 

Baca juga:

Cacing Sebagai Makanan Bakal Dipasarkan Secara Meluas

“Ini Sebuah Kebetulan Atau..”- Kekasih Ifan Seventeen Kini Mirip Seperti Arwah Isterinya

 

 

 

 

Sumber: facebook, hmetro

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement