Connect with us

Donna

Wanita Bekerjaya Berpontensi Hidap Kemurungan Melampau

Kemurungan melibatkan rasa kesedihan, keletihan, kekecewaan, putus asa, tidak mahu bergaul dan hilang semangat secara berterusan.

Published

on

Kemurungan melibatkan rasa kesedihan, keletihan, kekecewaan, putus asa, tidak mahu bergaul dan hilang semangat secara berterusan. Semua orang dewasa berpotensi mengalami kemurungan namun menurut kajian American Sociological Association, golongan wanita berkerjaya lebih terdedah dengan gejala ini pada tahap serius kemudian diikuti wanita selepas melahirkan anak. Malah kes-kes kemurungan dalam kalangan wanita adalah lebih serius berbanding lelaki kerana golongan ini lebih beremosi dan sentiasa berada dalam tekanan.
Sekiranya, kemurungan yang berpanjangan mengakibatkan kemudaratan kepada anda seperti hilang selera makan, rasa tidak seronok, sukar untuk tidur dan rasa tidak berguna, perkara seperti ini harus diambil berat oleh semua pihak terutama keluarga. Faktor utama wanita berkerjaya mengalami kemurungan disebabkan tugas kerja yang membebankan, mempunyai ketua yang tidak bertimbang rasa, perlu mengikuti peraturan yang sangat ketat, masa kerja yang panjang, gaji yang tidak mencukupi, dan rakan sekerja yang suka bergosip. Ini menyebabkan wanita berkerjaya tidak dapat seimbangkan perasaan ditempat kerja dan diluar pejabat sehingga mereka terbawa-bawa perasaan tersebut ke rumah.

Kesan sampingan kemurungan yang lazim adalah keletihan yang berterusan. Tidak semua wanita yang mempunyai gangguan ini dapat berjuang sehabis baik untuk mengatasi masalah ini. Lebih teruk lagi, mereka gemar menyalahkan diri sendiri, mereka percaya semua yang terjadi berpunca daripada sifat malas atau beberapa kesalahan peribadi yang lain yang menyebabkan mereka menjadi lemah. Simptom ini kadangkala sukar untuk disembunyikan tetapi sedaya upaya mereka cuba untuk merahsiakannya daripada rakan-rakan. Kesannya bebanan kerja makin bertambah dan hubungan dengan orang sekeliling makin keliru kerana beranggapan tiada siapa yang faham. Malah kemurungan akan menjadi lebih teruk apabila ada sesetengah wanita mempunyai perasaan ingin membunuh diri, baran tidak menentu sehingga memaksa diri mengabaikan tangungjawab kepada keluarga.
 
Untuk mengetahui lebih lanjut, layari www.donna.com.my
Penulis: Donna

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement