Home > #CeriteraKool > Wani Kayrie dapat keputusan cemerlang 7A

Wani Kayrie dapat keputusan cemerlang 7A

Penyanyi, Wani Kayrie, bersyukur apabila mencatat keputusan cemerlang 7A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Biarpun gagal menepati sasaran untuk mendapat 9A dalam peperiksaan berkenaan, bintang remaja yang popular dengan lagu Aku Suka Kamu itu nyata gembira dengan pencapaiannya.

 

 

Wany berkata kerja kerasnya mengulangkaji pelajaran berbaloi dengan keputusan diterimanya pagi tadi.

Pelajar aliran seni Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya, itu memperoleh keputusan A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Sains, Information and Communication Technology (ICT) dan Tasawwur Islam.

Beliau mencatat keputusan B dalam mata pelajaran Matematik dan C+ bagi subjek Akaun.

 

 

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply