Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Berita

Wajibkan Suntikan Vaksin!

Persatuan Farmasi Malaysia mahu kerajaan mewajibkan suntikan vaksin bagi mengurangkan penyebaran penyakit yang dapat dielakkan menerusi vaksin di negara ini.

Published

on

“Kumpulan antivaksin terus menerus berkongsi maklumat mengelirukan orang awam mengenai kepentingan suntikan vaksin.”
Persatuan Farmasi Malaysia mahu kerajaan mewajibkan suntikan vaksin bagi mengurangkan penyebaran penyakit yang dapat dielakkan menerusi vaksin di negara ini.

“Dapat dilihat, tahap celik kesihatan rakyat di kawasan bandar dan luar bandar sangat lemah dalam hal suntikan vaksin ini.”

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye dilaporkan berkata, kerajaan tidak bercadang untuk mewajibkan vaksinasi ke atas bayi seperti yang disarankan oleh banyak pihak.
Sebaliknya kata Dr Boon Chye, kementerian mengambil pendekatan memberi pendedahan selain menasihati ibu bapa agar membenarkan bayi mereka diberi suntikan vaksin demi kesihatan dan keselamatan anak itu sendiri.
Golongan antivaksin dilihat sebagai antara faktor peningkatan penyakit dalam kanak-kanak yang tidak divaksin terutama campak dan rubella.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Januari lalu menyifatkan keraguan terhadap suntikan vaksin menjadi satu daripada ancaman terbesar kepada kesihatan global tahun ini.
Menurut WHO,

“Sebanyak 1.5 juta kematian boleh dielakkan jika kesedaran global untuk mengambil suntikan vaksinasi meningkat.”
“Antara negara yang mewajibkan suntikan vaksin pada kanak-kanak ialah Amerika Syarikat (AS), Itali dan Singapura. Jika Malaysia membuat keputusan mewajibkan suntikan vaksin pada tahun 2016, kita boleh mengurangkan jumlah kes penyakit yang boleh dicegah, termasuk campak.”

Sumber: Berita Harian

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement