Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Wajib ‘Try Street Food’ Di Kuala Lumpur Sedap & Murah!

Published

on


Street snacks dekat Kuala Lumpur ni apa yang best ek? Haa biasalah, kadang-kadang bila dah selalu sangat makan di kedai dan restoran mesti akan rasa bosan. Bukan tu sahaja, harganya pun lebih mahal berbanding makanan yang lain tapi belum tentu sedap.

Mungkin bagi yang beragama Islam agak sukar nak cari makanan ringan yang halal, iyalah teringin bila nampak orang jual di tepi jalan tapi mesti rasa was-was nak beli. Dah jangan risau, Donna ada senarai tempat untuk anda semua bawa keluarga cuba sendiri street snacks yang berada di Kuala Lumpur.

Apam Balik Nusantara

Image result for apam balik nusantara

Sumber: friedchilis

Masih ada lagi ke yang tak kenal dengan pankek Malaysia? Apam Balik Nusantara ni sangat terkenal kerana menyediakan hidangan yang lembut dan manis. Ini bukan biasa-biasa tau, kerana apam balik ni dibuat dengan adunan yang tebal dan anda boleh memilih sendiri topping di atas mengikut citarasa sendiri. Menarik kan?

Donut Bomboloni

Image result for donut bomboloni

Sumber: desk

Bomb! Donut berwarna? Haa, fenomena donut bomboloni ni, sampai buat orang lain sanggup beratur panjang tunggu hanya semata-mata untuk beli donut. Apa yang lagi menarik, tak sampai sejam hampir 800 donut telah dijual.

Setiap hari donut akan digoreng ‘fresh’ dan diisikan pula dengan coklat nutella, mocha dan teh hijau. Umphh sedapnya confirm anda tak tahu nak pilih perisa apa lepasni.

Pau Pakngah

Image result for pau pakngah

Sumber: shades

 

Sumber: says

Pau ayam, pau kacang merah emm how about this pau carbonara? Mungkin anda dah selalu makan pau klasik yang berisi kelapa dan sebagainya, tetapi kali ini Pau Pak Ngah buat satu kelainan yang menyajikan hidangan yang penuh berkrim kerana dalam pau tersebut diletakkan keju. Haih meleleh air liur dibuatnya!

Roti John Titiwangsa

Related image

Sumber: hole

Untuk penduduk di sekitar Keramat tu, dah cuba ke belum Roti John Titiwangsa? Kalau dah rasa bosan makan nasi tetapi masih ingin rasa kenyang, anda wajib cuba makanan ni. Roti panjang yang dibalut dengan telur, dipenuhi pula dengan sos cili dan keju memang menjadi pilihan rakyat Malaysia.

Bukan itu sahaja, anda boleh memilih inti tuna mahupun daging untuk memenuhi citarasa tekak dan perut anda hiks! Jom plan bawa ke pada hujung minggu ni.

 

 

 

 

 

Sumber: kl foodie

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement