Connect with us
Webinar Kool

Semasa & Hiburan

Wajah Disalah Guna, Fauziah Nawi Beri Peringatan

Zaman dah moden, kita semua kena berjaga-jaga supaya tak terpedaya..

Published

on

Situasi gaya hidup moden ketika ini telah menimbulkan banyak tekanan hidup kepada masyarakat sehingga mampu menjadikan penipuan adalah sesuatu yang normal untuk berlaku.

Inilah yang berlaku terhadap pelakon Fauziah Nawi yang baru-baru iniย berkongsi terdapat nombor yang telah menggunakan identiti dirinya.

“Scammer guna Facebook ibu (panggilan dirinya) siap post gambar ini, minta duit RM1,800, konon saya nak guna duit dan jam 3 petang akan suruh pembantu saya bayar balik.”

Justeru, pelakon berkenaan mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya sekiranya dihubungi oleh nombor yang meminta memasukkan duit menggunakan namanya.

“Saya tak ada dua nombor telefon. 014 276 9913 bukan nombor saya. Saya tak akan dan tak pernah mesej kawan-kawan atau saudara mara suruh bank in duit.”

Sementara itu Fauziah menegaskan dia telah membuat laporan polis selepas identiti dan gambarnya digunakan oleh individu tidak bertanggungjawab untuk tujuan penipuan.

โ€œHarapan saya, semoga kita semua lebih berhati-hati kerana dalam dunia sekarang, terlalu ramai orang yang menggunakan taktik kotor untuk mendapatkan wang.”

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement