Connect with us

Hiburan

Vokalis Floor 88 Ayieel Akhirnya Tamatkan Pengajian

Tahniah!

Published

on

Tahniah! diucapkan buat vokalis kumpulan Floor 88 yang telah berjaya menamatkan pengajiannya dia Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan semalam (7 November 2019).

“Alhamdulillah. Apa yang diimpikan selama ni, penat lelah, batu batu penghalang yang telah aku tepis, hari ini adalah hari penghargaan untuk diri ini.”

Ayieel atau nama sebenarnya Nik Fadlee Elhamshah turut melahirkan penghargaan buat semua yang telah membantunya sepanjang penyanyi tersebut melanjutkan pelajaran.

Selain Ayieel, ahli kumpulan yang lain Amirul Affeq turut berjaya menamatkan pengajian di tempat yang sama.

Floor 88 yang kini giat mempromosikan lagu tebaharunya berjudul Hutang turut berjaya meraih lebih 30 juta tontonan menerusi laman Youtube.

Menyuntik eleman muzik 1960-an dan kuda kepang, ia adalah identiti Floor 88 yang akan dikekalkan selama-lamanya.

 

Sumber daripada: Instagram Ayieelham & Eric Fuzi

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement