Home > Yang Kool > VIP-2

Syarikat Malik Streams Corporation Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat hartanah, produksi perfileman, perniagaan import dan eksport, pengurup wang serta beberapa lagi perniagaan. Syarikat Malik Streams Corporation Sdn. Bhd. di bawah kepimpinan Ybhg Dato’ Abdul Malik bin Dasthigeer merupakan syarikat produksi perfileman Hindi dan Tamil yang terbesar di Malaysia dan telah berjaya membawa masuk beberapa filem Hindi dan Tamil ‘Box Office’ ke Malaysia. Antara filem yang dibawa masuk ke Malaysia ialah ‘KABALI’, ‘LINGGA’, ‘SINGAM 3’, ‘Dilwale’ dan banyak lagi. Untuk filem Kabali sahaja kutipan mencecah RM13 juta di Malaysia.

 

Tuan dan Puan, pada hari ini iaitu 27/07/2017 di perkarangan Jalan Masjid India merupakan majlis ‘Meet and Greet’ yang terbesar di Malaysia. Majlis ini juga bagi mempromosikan serta menlancarkan trailer Hindi filem “VIP2” ini di Malaysia. Filem ini akan dikeluarkan di dalam 3 bahasa iaitu Hindi, Tamil dan Telegu. Ini merupakan inisiatif daripada CEO Malik Streams Corporation Sdn. Bhd. sendiri iaitu Dato’ Abdul Malik bin Dasthigeer untuk mempromosikan Malaysia yang kita cintai ini di mata dunia. Majlis pada kali ini akan menyaksikan kehadiran ‘Bollywood Queen’ iaitu Kajol, Dhanush serta Soundarya iaitu anak kepada Superstar Rajinikanth.

 

Untuk makluman pihak tuan dan puan, segala kos bagi pengedaran filem mahupun promosi adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak Malik Streams Corporation Sdn. Bhd. di Malaysia. Hal ini demi menunjukkan rasa tanggungjawab terhadap negara iaitu dengan membawa masuk lebih ramai pelancong ke negara ini. Melalui inisiatif seperti ini secara tidak langsung dapat menambah pendapatan negara melalui aliran matawang dari negara luar. Di masa hadapan, Dato’ Abdul Malik Bin Dasthigeer berhasrat untuk membawa lebih banyak filem-filem Hindi dan Tamil khususnya ke Malaysia bagi tujuan penggambaran dan sekali lagi dapat menaikkan nama Malaysia di mata dunia.

 

Untuk makluman tuan dan puan filem “Velaiilla Pattadhari 2 (VIP2)” ialah kesinambungan daripada filem “Velaiilla Pattadhari (VIP)” yang diterbitkan pada tahun 2014. Filem “VIP2” ini masih mengekalkan pelakon asalnya iaitu Dhanush, Amala Paul, Vivek, Samuthirakani, Saranya Ponvannan dan ditambah dengan ‘Bollywood Queen’ iaitu Kajol. Dhanush selain berlakon, beliau juga merupakan penerbit bersama untuk filem “VIP2” ini bersama dengan seorang rakannya lagi S.Thanu dibawah syarikat penerbitan Wunderbar Films dan V. Creations.

 

 

Produksi filem “VIP2” ini bermula pada 15 Disember 2016, dibawah arahan Soundarya Rajinikant dengan mengekalkan beberapa pelakon asal termasuk Amala Paul, Samuthirakani, Vivek dan Hrishikesh. Saranya masih dikekalkan lagi di dalam filem “VIP2” ini walaupon wataknya mati di dalam filem pertama. ‘Ratu Bollywood’ Kajol, juga terpilih untuk memainkan peranan penting dalam filem itu, yang menandakan kemunculannya semula ke pawagam Tamil selepas hampir 20 tahun.

 

Filem ini bakal ditayangkan pada 10 Ogos 2017 untuk versi Tamil dan versi Hindi pada 18 Ogos di pawagam seluruh negara. Filem ini berdurasi selama 2 jam dan 13 minit dan jalan cerita serta dialog ditulis sendiri oleh pelakon utama iaitu Dhanush.

 

Lagu-lagu di dalam filem ini dikarang oleh Anirudh Ravichander dan disusun oleh Sean Roldan yang memaparkan 5 buah lagu iaitu Nada Raja, Iruvuram Kaadu, Pellanade, Dooram Nuvve Undaloi, serta Vasundhara yang menjadi lagu tema filem “VIP2” ini.

 

Di bawah ini adalah antara nama watak di dalam filem “VIP2”. Dhanush sebagai Raghuvaran B.E, Kajol sebagai Vasundhara Parameshwar, Amala Paul sebagai Shalini Raghuvaran, Ritu Varma sebagai kawan kepada Raghuvaran, Saranya Ponvannan sebagai Bhuvana iaitu ibu kepada Raghuvaran, Vivek sebagai Azhagusundaram, Hrishikesh sebagai Karthik iaitu adik Raghuvaran, Samuthirakani sebagai ayah Raghuvaran, Meera Krishnan sebagai ibu kepada Shalini dan Raiza Wilson sebagai pembantu peribadi Vasundara.

 

Di akhir kata, sekali lagi Malik Streams Corporation Sdn. Bhd. bakal mempersembahkan kepada rakyat Malaysia sebuah filem Tamil yang mempunyai 3 bahasa iaitu Tamil, Hindi dan Telegu. Dato’ Abdul Malik Bin Dasthigeer mewakili Malik Streams Corporation Sdn. Bhd. mengucapkan jutaan terima kasih bagi pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak.

Nak Menang Tiket?






Nama*

MyKad*

Nombor untuk dihubungi*

Emel*

Jantina*

Alamat surat-menyurat*

1. Bilakah filem VIP-2 versi Hindi akan ditayangkan di pawagam seluruh negara?*

2. Apakah nama watak Kajol di dalam filem VIP-2?*

3. Nyatakan sebab mengapa anda ingin memenangi sepasang tiket untuk menonton filem VIP-2?

Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca, memahami dan bersetuju dengan Terma dan Syarat Peraduan Kool FM, dan tertakluk kepada Notis Perlindungan Data Peribadi.

* perlu dilengkapkan