Connect with us
On Air Di Kool

Sukan

[VIDEO] “Tak Kan Jadi Tukang Kebun Bang?” – Jawapan Sinis Khalid Jamlus Mengundang Reaksi Netizen

Alamak…

Published

on

Bekas penyerang kebangsaan, Khalid Jamlus jelas tidak berganjak dengan keputusannya apabila tetap mahu ‘melepaskan’ trofi Kasut Emas yang dimenangi bersama Perak, 18 tahun lalu.

Khalid Jamlus 'Tolak' Kasut Emas Pada Harga RM10,100 Melalui ...

Apabila ditemui semalam, Khalid mengatakan yang beliau terpaksa melepaskan Kasut Emas berkenaan demi kelangsungan hidup. Tidak mengambil kisah apa yang akan dikatakan terhadapnya, Khalid tetap dengan keputusannya.

“Buat masa ini, saya perlu lepaskan demi kelangsungan hidup saya. “

“Saya tak kisah apa orang mahu cakap sebab saya susah, tiada yang bantu.”

“Saya buat ini demi masa depan saya,”

Khalid berkata demikian selepasย ย pertemuan dengan Wan Ahmad Fayhsal dan Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed.

ISU KHALID JAMLUS | "Tak Kan Jadi Tukang Kebun Bang" – Khalid

ISU KHALID JAMLUS | "Tak Kan Jadi Tukang Kebun Bang" – KhalidTular selepas bekas pemain kebangsaan, Khalid Jamlus melelong trofi kasut emasnya.Kementerian Belia dan Sukan tampil berbincang untuk mambantunya.Mungkin ada sinar baharu dan peluang yang ditawarkan KBS kepada bekas pemain itu.

Posted by Buletin TV3 on Wednesday, July 8, 2020

 

Difahamkan, bidaan untuk Kasut Emas itu sudah mencecah RM40,000 walaupun pada mulanya ia dibida pada harga RM10,500.

Tambahan lagi, ketika sesi menemu bual beliau di sidang media kelmarin, ada rakan wartawan yang bertanyakan mengenai peluang yang dicadangkan oleh menteri Belia Dan Sukan, adakah masih di dalam bidang bola sepak, sebagai jurulatih atau pun diberi peluang yang lain, Khalid berkata

“Tak kan jadi tukang kebun bang?

Jawapan sinis beliau turut mengundang pelbagai reaksi netizen di laman sosial yang merasakan beliau sedikit melampau dengan jawapan tersebut.

Tak kurang juga mereka yang memberi kata-kata positif, menyokong usaha Khalid untuk menjual Kasut Emasnya itu, demi meneruskan hidupnya.

Marilah kita jadikan tauladan terhadap apa yang berlaku kepada Khalid, sebagai peringatan untuk kita sentiasa berjimat-cermat dan menyimpan wang untuk kegunaan di masa hadapan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement