Connect with us

Hiburan

Video Sherry Menari Sampai Patah Kerusi Buat Netizen Tak Kering Gusi

Ada-ada je Sherry ni kan!

Published

on

Siapa tak kenal dengan pelakon dan pelawak Sherry Alhadad ni kan? Setiap perkara dan aksi yang dilakukan atau perkataan yang dilontarkan pasti tidak mengecewakan peminat.

Kalau sebelum ini Sherry pernah bertukar identiti bersama dengan Fazura menerusi satu perbualan, kali ini lain pula jadinya.

View this post on Instagram

Lama betul tak jumpa Sherry Al-Hadad.

A post shared by sherry_alhadad (@sherry_alhadad) on

Terkini, Sherry berkongsi video ketika sedang menjalani penggambaran sebuah sitkom yang dijalankan di sebuah studio beberapa bulan lalu.

Video tersebut jelas memaparkan Sherry sedang menari dan menyanyikan sebuah lagu dangdut yang popular di Indonesia sehingga menari di atas kerusi.

Kerusi tersebut bagaimanapun tiba-tiba patah dan semua yang berada di set penggambaran ketawa kecuali pelakon Sharifah Sakinah.

Rata-rata peminat terhibur menonton gelagat Sherry dan ada juga peminat yang risaukan keadaan kaki Sherry menerusi ruangan komen.

Netizen turut meminta supaya Sherry lebih berhati-hati sebelum melakukan sesuatu aksi.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement