Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

Video Gerak Khas Bawa Kembali ASP Aleza & ASP Harris Kelakar Habis!

Penggemar siri televisyen drama badan unit beruniform popular, Gerak Khas pasti tidak dapat melupakan watak Inspektor Aleza lakonan Abby Abadi yang pernah menggegarkan set drama itu sejak ia mula ditayangkan pada 1999 hingga 2007.

Published

on

Penggemar siri televisyen drama badan unit beruniform popular, Gerak Khas pasti tidak dapat melupakan watak Inspektor Aleza lakonan Abby Abadi yang pernah menggegarkan set drama itu sejak ia mula ditayangkan pada 1999 hingga 2007.
Namun watak itu dilenyapkan selepas Abby atau nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan meninggalkan drama bersiri tersebut lebih 10 tahun yang lalu.
Walaupun barisan pelakonnya terus berubah-ubah, penonton pastinya tidak boleh lupa dengan tonggak utama ASP Aleza (Abby Abadi) dan ASP Haris (Norman Hakim)
Namun, kepada peminat Abby Abadi dan Gerak Khas, anda boleh melihat semula kemunculan watak itu menerusi pelakon asalnya, dalam musim terbaru 2019.
Sebelum ini sudah ada banyak khabar yang menyatakan mengenai kemunculan semula pelakon berusia 41 tahun apabila namanya disebut-sebut oleh pengarah Gerak Khas, Yusof Haslam dalam laman sosial.
Terbaru, menerusi laman Instagram milik Norman Hakim, dia telah memuat naik sedutan pendek episod pertama siri baru itu yang memaparkan babak ASP Aleza kembali semula ke dalam pasukan itu.


Menariknya tentang babak tersebut adalah momen dimana ASP Aleza dan juga ASP Haris bertentang mata sesama sendiri setelah sekian lama tidak bersua.

Amboiiii tengok tuuuu…. senyum sampai ke telinga!!

Peminat boleh menonton siri ini setiap hari Jumaat mulai 8 Mac 2019 jam 8.30PM menerusi saluran TV2!

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement