Semasa & Hiburan
Video Dalam Kenangan Datin Shahida Untuk Bekas PA Buat Ramai Sebak
Ungkapan ringkas ini cukup menunjukkan pemergiaan Ghazi memberi kesan besar terhadap dirinya. Mana tidaknya, arwah Ghazi telah berkhidmat selama 4 tahun lamanya tanpa menimbulkan isu memalukan.
Setiap yang hidup pasti mati. Itulah lumrah kehidupan dan rahsia Sang Pencipta yang tiada siapa pun mengetahuinya. Asbab kematian itu pula berbeza-beza tanpa mengira latar belakang dan usia.
Baru-baru ini kita semua dikejutkan dengan pemergian bekas pembantu peribadi keluarga Datuk Seri Aliff Syukri, Ghazi.
Apa yang menjadi perhatian lagi apabila isteri Aliff, Datin Shahida memuat naik satu video yang menyentuh hati ramai pengikutnya. Kini sudah hampir setengah juta video tersebut mendapat tontonan.
Kebaikan yang saya akan kenang hingga ke akhir hayat. Tiada lagi orang yang akan menghiburkan saya jika saya sedih. Terima kasih kerana berbakti kepada saya dan keluarga,”
Ungkapan ringkas ini cukup menunjukkan pemergiaan Ghazi memberi kesan besar terhadap dirinya. Mana tidaknya, arwah Ghazi telah berkhidmat selama 4 tahun lamanya tanpa menimbulkan isu memalukan.
Kematian Ghazi atau nama sebenar Muhammad Ghazali turut memberi kesan kepada netizen walaupun mereka tiada kait rapat dengan arwah.
Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan ditempat orang yang beriman.
Sumber: shahidadherbs