Semasa & Hiburan
Vanidah Imran Kongsi Informasi HIV dan AIDS
Elakkan auta, sebarkan fakta..
Jika anda tahu keluarga mahupun rakan-rakan anda menghidap penyakit HIV, adakah anda masih ingin berkawan dengan mereka seperti biasa? Atau anda akan berasa sangsi? Kalau anda jijik, anda masih gagal dalam membantu membanteras jangkitan HIV/Aids. Mengapa? Perkara utama yang membunuh pesakit HIV/Aids bukan tuberkulosis, kanser, atau penyakit jantung tetapi stigma masyarakat ke atas mereka.
Dalam kebanyakan kes, kumpulan utama ini sering mendiskriminasi perkara berkenaan disebabkan perbezaan budaya dan norma setempat serta undang-undang.
Akibatnya, kehidupan golongan ini akan terus terbiar dalam kerosakan dan jauh daripada masyarakat serta penjagaan kesihatan. Sedangkan, mereka mempunyai hak terhadap fasiliti dan khidmat kesihatan. Akhirnya, saiz komuniti ini akan terus membesar sambil menyebarkan jangkitan HIV.
Jadi sempena dengan bulan Hari AIDS Sedunia yang disambut pada 1 Disember setiap tahun, Vanidah Imran telah memuat naik beberapa informasi mengenai penyakit tersebut yang mungkin mampu membuka mata ramai.
Justeru benar menurut Vanidah, media memainkan peranan yang amat besar untuk mendidik masyarakat dengan fakta dan maklumat yang tepat supaya individu dihidap aids tidak terus dihina, tetapi dibantu.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, HIV juga tidak berjangkit melalui ciuman, perkongsian makanan, bersin, batuk, sentuhan kulit luaran yang tiada kecederaan mahupun berkongsi tempat tinggal, kerja atau belajar.