Semasa & Hiburan
Vanidah Imran Buat Kemunculan Di Tik Tok!
Alahai cantiknya Vee!
Dalam meniti arus pemodenan masa kini, pelbagai aplikasi telah dicipta bagi memudahkan orang awam untuk berinteraksi bersama keluarga dan kenalan masing-masing menerusi telefon bimbit.
Aplikasi terkini yang hangat digunakan bukan sahaja dalam kalangan remaja, malah yang dewasa juga turut terpengaruh ialah Tik Tok.
Terbaharu, anak kepada pelakon Vanidah Imran iaituΒ Maryam Rashika telah memuat naik rakaman video Tik Tok melalui laman Twitter miliknya sekaligus mengejutkan orang ramai bahawa pelakon yang memegang watak sebagai Suri itu juga amat sporting dalam melayan kerenah anak gadisnya itu.
convinced my mom to do this tiktok with me π€ͺπ₯° pic.twitter.com/z8By1d7fAU
— ramona (@m4rsbars) April 13, 2020
Sementara itu, pada bahagian komen pula rata-rata memuji kecantikan pelakon tersebut. Namun, ada juga yang tidak mengetahui Maryam adalah anak kepada pelakon yang turut disapa dengan nama Vee.
Manakala terdapat juga yang bertanggapan bahawa Vanidah sangat cantik walaupun tidak mengenakan sebarang alat solek pada wajahnya.
Semoga Vanidah Imran sentiasa sihat, kekal muda dan bahagia disamping anak-anak tersayang.