Connect with us
Kool FM

Berita

Uyaina lega bukan punca kluster baharu

Published

on


KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad yang sering berulang-alik dari Indonesia disebabkan komitmen kerja lega kerana tidak menjadi punca kluster baharu Covid-19 di negara ini.

Uyaina atau nama lengkapnya, Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 28, berkata, kalau diikutkan perancangan awal, dia berkemungkinan akan terperangkap di negara jiran itu, sekali gus dijangkiti virus Covid-19.

“Saya sepatutnya terlibat dengan program bertajuk Puteri Muslimah Asia musim kedua yang dijadualkan berlangsung pada bulan April lalu.

“Bagaimanapun, semuanya tertunda akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berkuat kuasa. Tambahan pula, situasi Covid-19 di Indonesia masih teruk.

“Saya balik ke Malaysia pada Disember tahun lalu dan sepatutnya terbang semula ke Indonesia pada Februari untuk sebuah lagi program iaitu Liga Dangdut Indonesia.

“Waktu itu situasi di sana tidak seteruk sekarang namun pihak pengurusan tidak benarkan saya pergi. Kalau saya pergi juga, memang sah saya akan jadi penyebab kluster baharu di Malaysia,” kongsi Uyaina.

Kongsinya lagi, dia terpaksa menangguhkan urusan pengacaraan di Indonesia sehinggalah wabak Covid-19 berjaya dikawal sepenuhnya.

“Untuk tempoh setahun dua ini, memang saya tidak akan ke sana melainkan vaksin berjaya ditemui,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Uyaina diberi kepercayaan menggalas tangggungjawab sebagai pengacara bersama Fikry Ibrahim program realiti baharu, Ratu Hijabista yang akan ditayangkan melalui saluran Astro Prima. – K! ONLINE

The post Uyaina lega bukan punca kluster baharu appeared first on Kosmo Digital.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement