Semasa & Hiburan
Uyaina Arshad Pilih Jadi Pengacara Berbanding Peguam
Uyaina mempunyai minat mendalam terhadap bidang pengacaraan.
Kepada anda yang sering menonton siaran Wanita Hari Ini, sebuah rancangan berbentuk ilmiah di TV3 sudap pasti kenal dengan pengacara dan pelakon, Uyaina Arsyad.
Untuk pengetahuan, Uyaina merupakan graduan ijazah Sarjana Muda Undang Undang di sebuah Universti awam.
Demi mengejar minat, Uyaina menceburi bidang pengacaraan meskipun dirinya sudah mampu bergelar seorang peguam dengan keputusan yang begitu cemerlang.
“Ketika berada di semester terakhir dalam jurusan undang-undang di UM saya ditawarkan menjadi pengacara program Nona selepas memenangi pertandingan Pencarian Nona Manis 2015 anjuran TV3.
“Jadi selepas mengambil kira peluang keemasan yang hanya datang sekali seumur hidup saya nekad ambil keputusan untuk menjadi pengacara. Bagi saya, ilmu dan pelajaran boleh dilakukan pada bila-bila masa saja.
“Tambahan pula, kerjaya pengacaraan ini saya minat sangat. Takkan saya nak sia-siakan peluang ini,” katanya menerusi temu bual bersama wartawan, Najiy Jefri.
Ketika di bangku sekolah, Uyaina aktif dalam pelbagai pertandingan seperti debat, pengucapan awam, syarahan serta pertandingan yang memerlukan berucap menjadi faktor anak kelahiran Kuala Kangsar, Perak ini mengambil jurusan undang-undang terdahulu.
Uyaina kini berada di Jakarta, Indonesia bagi mengacarakan sebuah program realiti, Dangdut Academy Asia musim kelima dan giat mempromosikan drama lakonannya berjudul Sara Sajeeda di TV3.
Sumber: Harian Metro