Connect with us
Hot Kool Jam

Hiburan

Utama Kehidupan Selepas Bergelar Isteri, Persiapan Kahwin Fasha Sandha Sederhana

Pelakon, Fasha Sandha tidak lama lagi bakal disatukan dengan pujaan hati, Aidil Aziz pada penghujung Mac ini.

Published

on

Pelakon, Fasha Sandha tidak lama lagi bakal disatukan dengan pujaan hati, Aidil Aziz pada penghujung Mac ini.
Bercerita mengenai persiapan perkahwinan, Fasha hanya mahu bersederhana kali ini memandangkan ia merupakan perkahwinan kali kedua.

“Semua wanita yang pernah mendirikan rumah tangga atau berstatus ibu tunggal akan berfikiran sama dengan saya, iaitu lebih bersederhana jika berkahwin semula,” katanya.

Fasha juga lebih mengutamakan kehidupan dan tanggungjawab selepas bergelar isteri.

“Apa yang lebih penting adalah kehidupan dan tanggungjawab selepas perkahwinan, terutama dari aspek fizikal dan mental,” ujarnya lagi.

Majlis pernikahan mereka akan diadakan di sebuah masjid di kampung halamannya di Perlis.

Fasha dan Aidil bertunang pada 18 November tahun lalu, namun tarikh pernikahan dan persandingan mereka tidak didedahkan oleh pasangan ini.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement