Connect with us
Kool FM

Berita

Ustaz Ismail Kamus Kembali Ke Rahmatullah

Al-Fatihah…

Published

on

Pendakwah terkenal, Datuk Ismail Kamus telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 12.30 tengah malam Jumaat, 8 Mei 2020.

Berita sedih itu disahkan menerusi laman Facebook rasmi miliknya.

Allahyarham yang berusia 72 tahun meninggal dunia di kediamannya di Ampang dan sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung, strok ringan, serta jangkitan kuman di paru-paru.

Veteran Pas itu difahamkan telah dimasukkan ke wad sejak 26 April lalu susulan keadaaan kesihatan yang agak lemah.

Imbas kembali, allahyarham merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia dan pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement