Connect with us
Webinar Kool

Berita

Untuk Yang Terkandas Di Kampung, Rujuk Tarikh Dan Jadual Rentas Negeri Di Sini

Hati-hati di jalan raya!

Published

on

Pasti ada di antara anda yang terperangkap di kampung atau mana-mana lokasi yang tidak membolehkan anda pulang semula ke tempat kerja kan?

Jangan risau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menetapkan empat hari untuk perjalanan rentas negeri bagi membolehkan orang ramai yang terkandas bergerak semula ke kediaman masing-masing bermula Khamis ini (7 Mei 2020)

Menerusi laporan Harian Metro, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamad berkata, pihaknya menetapkan 7 Mei 2020 kepada orang ramai yang terkandas di Kuala Lumpur untuk pulang ke kediaman masing-masing di negeri lain di Semenanjung.

“Pada 8 Mei, diperuntukkan untuk mereka yang berada di Perak, Johor dan Kelantan menuju ke destinasi masing-masing terutama di Kuala Lumpur.”

“Pada 9 Mei pula, pergerakan dikhususkan kepada mereka yang bergerak dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang.”

“Pada 10 Mei, pergerakan dikhususkan kepada mereka yang berada di Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu,”
Bagaimanapun, orang ramai yang membuat permohonan menerusi Gerak Malaysia tidak akan mendapat notifikasi mengenai kelulusan permohonan itu, namun pihaknya masih boleh mengenal pasti individu yang membuat permohonan.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement