Connect with us
On Air Di Kool

Semasa & Hiburan

Umie Aida Beri Tip Masuk Raudhah Dengan Mudah

Semoga bermanfaat buat jemaah yang bakal menunaikan haji atau umrah..

Published

on

Raudhah adalah lokasi yang sangat istimewa di Madinah, dan selalu menjadi tujuan wajib para jemaah umrah dan haji.

Dahulu Raudhah terletak di luar halaman Masjid Nabawi, iaitu di antara rumah Rasulullah S.A.w dan mighrab atau mimbar di Masjid Nabawi.

Kini setelah Masjid Nabawi diperluas, lokasi Raudhah terletak di dalam masjid. Lokasi itulah yang menjadi taman syurga yang tidak pernah sepi oleh jemaah haji dan umrah.

Untuk memasuki kawasan Raudhah pula para jamaah harus bersabar dengan para jemaah lain susulan ia akan ramai dikunjungi pada waktu tertentu.

Bagaimanapun, menurut pelakon dan penerbit Umie Aida yang kini berada di Tanah Suci, dia telah berkongsi beberapa tip supaya mudah memasuki taman syurga tersebut:-

View this post on Instagram

Assalammualaikum… me nak kongsi sikit cara masuk raudah dengan mudah.. InsyaAllah.. 1) lepas isyak kena tido.. untuk kumpul energy malam nanti. 2) 12.30 malam pergi masjid utk last group masuk ke raudah. Masa ni masih lagi ramai orang. 3) bila last group dibenarkan masuk.. jangan berebut2 dan berlari2 … tenang2 je. Take ur own sweet time. 4) banyakkan berzikir selawat keatas nabi. 5) tiba di raudah.. masih ramai org kan.. jadi biarkan mereka solat.. you all bole mengaji , zikir & solat tahajud dulu di luar raudah. Dan rasanya dalam pukul 1.20 pintu akan ditutup. Masa itulah.. keadaan raudah sangat tenang dan InsyaAllah.. dapat buat beberapa solat yang you all mahukan. Segalanya dengan izinNYA… percaya pada rezeki dari Allah. Saya mendoakan kita semua sentiasa didalam rahmatNYA dan diberkatiNYA & menjadi tetamu Allah… Aamiin… Semoga tips ini dapat membantu jemaah semua. InsyaAllah.. ❤️ #salamjumaat #raudah #madinah

A post shared by umieaida 🇲🇾 (@umieaida9) on

Terdahulu, Umie Aida pernah menunaikan ibadah haji buat pertama kali bersama dengan suaminya Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan pada Ogos lalu.

Semoga Umie diberi kesihatan yang baik sepanjang menjalani ibadah dan segala urusan Umie dipermudahkan..

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement