Semasa & Hiburan
Ucapan Hari Lahir Ashraf Sinclair Daripada BCL Sweet Habis
Tiba-tiba banyak semut lalu..
Penyanyi yang popular menerusi lagu Ingkar, Bunga Citra Lestari semalam telah meraikan sambutan ulang tahun suaminya Ashraf Sinclair yang ke-40 tahun.
Dengan tema serba putih, pasangan ini tampak bahagia ketika meraikan sambutan tersebut bersama.
Lebih menarik lagi, Bunga telah memuat naik beberapa keping gambar serta kapsyen yang mampu menyentuh perhatian pengikutnya.
Terdahulu, Bunga dan Ashraf berkahwin pada 8 November 2008 dan sudah dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Noah.