Semasa & Hiburan
Ucapan Azza Elite Buat Elly Mazlein Penuh Makna
Tahniah..
Rakan mana yang tak gembira bila tengok sahabat dia gembira kan? Lebih-lebih lagi jika ada berita gembira seperti sambutan ulang tahun kelahiran, perkahwinan, bebadan dua dan melahirkan bayi.
Sama seperti pelakon dan penyanyi Azza Elite yang nyata gembira melihat rakan karibnya Elly Mazlein selamat berkahwin bersama jejaka pilihan hatinya pada 18 Januari 2020.
Perkara berkenaan diluahkan menerusi kapsyen di laman Instagram bersama satu foto yang dimuat naik oleh penyanyi yang popular menerusi lagu Trauma itu.
Katanya, ketika melihat Elly atau lebih dikenali sebagai Kak Lina berjalan menuju ke pelamin sebelum dinikahkan, Azza bersama rakan-rakan artis yang bertugas sebagai pembawa dulang hantaran turut berasa sebak sehingga ada yang menitiskan air mata kegembiraan buatnya.
Menurutnya, dia amat memahami situasi Kak Lina yang sudah lama bersendirian selain menegaskan tidak mudah untuk menjadi ibu tunggal yang membesarkan anaknya Sefhia.
Azza menerusi kapsyen tersebut memohon agar suami kak Lina yang dipanggil cikgu Azlan agar menajadi suami yang setia buat kak Lina.
Tahniah Kak Lina! Semoga perkahwinan yang dibina ini akan terus kekal harmoni dan terus bahagia hingga ke akhir hayat.