Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Luah Rasa Syukur, Ali Puteh Lega Tuntutan Faraid Sudah Selesai

Alhamdulilah…

Published

on

“Alhamdulillah, syukur sudah selesai. Itulah sebaiknya.”

Itu kata pelawak, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan atau Ali Puteh susulan keputusan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, hari ini berkenaan faraid yang difailkan balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Ali pada 15 Julai lalu.

Ali Puteh.

Ali ketika dihubungi berkata, perkara itu perlu dibuat mengikut hukum syarak sama seperti yang pernah dinyatakan dalam dua siri video yang dimuat naik sebelum ini.

Menurut Ali, pihaknya tidak pernah cuba menyekat harta peninggalan Allahyarham seperti didakwa segelintir pihak.

“Orang cakap saya nak halang harta arwah. Ya Allah Ya Tuhanku, kalau tengok sidang media saya yang awal dulu dan video terbaru, saya cakap sama saja. Kalau ikut hukum Islam memang itulah sebaiknya dan lebih bagus. Benda itu memang perlu difaraidkan kalau ikut hukum Islam. Syukur perkara ini sudah selesai. Memang itu yang terbaik. Apabila jadi begini orang anggap saya yang salah,” katanya.

Ditanya mengenai status rumah peninggalan Allahyarham, Ali tegas menyatakan ia termasuk dalam faraid.

“Keputusan mahkamah tadi adalah pengisytiharan faraid siapa yang berhak. Jadi, dalam kes ini yang terbabit adalah balu, anak dan ibu bapa arwah.

Bercakap mengenai pihak isteri arwah, iaitu Nor Hidayah, dia berpuas hati dengan dengan keputusan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam mengenai tuntutan faraid yang difailkan pada prosiding yang berlangsung, hari ini.

Mahkamah menetapkan pembahagian berdasarkan hukum syarak membabitkan rumah, kereta, wang ringgit, barang peribadi seperti jam tangan, kasut, telefon bimbit, kamera dan barangan lain peninggalan Allahyarham.

Sumber dari Harian Metro.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement